Badan Kepimpinan Tertinggi Murid (BAKTI) Sekolah_Menengah_Sains_Tapah

Di sekolah ini, pengurusan dalam kalangan pihak pelajar diketuai oleh sebuah badan bersepadu yang dikenali sebagai Badan Kepimpinan Tertinggi Murid, atau singkatanya BAKTI. BAKTI SESTA diketuai oleh Ketua Umum serta Timbalan Ketua Umum I dan merangkumi unit-unit yang berikut:

  • Badan Pengawas
  • Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Majlis Ketua Tingkatan (MKT)
  • Sistem Rumah setiap rumah

Meskipun telah dicanangkan bahawa badan ini sudah wujud sejak awal pembukaan sekolah ini, namun, istilah BAKTI serta struktur organisasinya hanya mula diperkenalkan pada Mei 2014. Sebelum tarikh tersebut, semua unit tersebut bergerak berasingan, kecuali Majlis Ketua Tingkatan yang diwujudkan bersama-sama struktur BAKTI pada tahun 2014.

Sesuai dengan namanya serta akronim yang diberikan oleh pihak sekolah, badan ini bertanggungjawab untuk membimbing diri mereka sendiri dan orang lain di sekolah ini, di samping menjadi pembantu utama pihak pengurusan sekolah dan para guru dalam menjayakan aktiviti, misi dan visi sekolah serta merupakan perantara paling utama antara pihak guru dan pihak murid. Mereka dituntut supaya banyak berbakti kepada semua orang di sekolah ini dengan cara yang positif serta tidak bertentangan dengan syarak dan peraturan sekolah. Mereka juga bertanggungjawab untuk mengharmonikan sekolah serta memimpin murid-murid agar cemerlang dalam semua aspek.

Moto bagi badan ini adalah "Paradigm of Virtuous Leadership" yang memberi makna Kepimpinan Membentuk Budi.

Ahli badan ini merupakan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5, yang dipilih pihak sekolah untuk mengetuai biro-biro dan unit-unit dalam badan tersebut.

Badan bersepadu ini diketuai oleh Induk BAKTI, terdiri daripada semua ketua-ketua unit BAKTI.

Setelah ahli-ahli BAKTI melepaskan jawatan kepada generasi seterusnya pada setiap pertengahan tahun yang seterusnya (Tingkatan 5), mereka secara automatik bergelar Senior BAKTI. Mereka dikecilkan skop tanggungjawab mereka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 mereka sahaja dan juga bertanggungjawab menjadi duta utama dan model utama kepada pelajar lain dan orang luar kerana mereka yang paling tua dan berpengalaman di sekolah ini.